Perbincangan pertama mengenai faedah
belajar secara berkumpulan ialah ahli kumpulan dapat saling bertukar idea serta
bantu membantu. Hal ini demikian kerana apabila belajar secara berkumpulan,
kita dapat bertukar pendapat tentang sesuatu pelajaran antara satu sama lain.
Sebagai contoh, setiap ahli akan mengajukan pendapat masing-masing dan pendapat
tersebut akan dipertimbangkan oleh ahli kumpulan yang lain. Setiap ahli
kumpulan juga akan bantu membantu antara satu sama lain tentang sebarang subjek
yang mereka lemah dan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Ahli kumpulan yang
mahir dalam sesuatu subjek akan membantu ahli-ahli yang lain dengan menerangkan
dengan lebih terperinci tentang subjek tersebut. Berdasarkan mauduk yang
dihuraikan, terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan mampu mendatangkan
kebaikan kerana dapat bertukar idea serta bantu membantu.
Perbincangan seterusnya mengenai faedah
belajar secara berkumpulan ialah
pembelajaran menjadi aktif dan kreatif. Hal ini demikian kerana, aktiviti
belajar secara berkumpulan mampu memberi peluang kepada setiap ahli untuk
menyuarakan pendapat masing-masing. Dalam konteks ini, setiap ahli akan
bergerak aktif dengan menyuarakan idea mereka. Sebagai contoh, setiap ahli
kumpulan bersungguh-sungguh melontarkan buah fikiran masing-masing ketika
mereka membincangkan isu jenayah. Pembelajaran menjadi kreatif kerana ahli
kumpulan dapat menghasilkan sesuatu formula untuk memudahkan mereka mengingati
sesuatu pelajaran. Berdasarkan hujah yang dihuraikan, terbuktilah bahawa
belajar secara berkumpulan memberi banyak faedah kerana pembelajaran menjadi
lebih kreatif dan aktif.
Lontaran idea kedua mengenai faedah
belajar secara berkumpulan ialah pembelajaran menjadi lebih seronok dan tidak
membosankan. Belajar secara berkumpulan memberikan suasana belajar yang
menyeronokkan. Hal ini demikian kerana, seseorang pelajar akan dapat belajar
atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada
guru-guru. Rakan-rakan juga merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar
selain ahli keluarga. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang bersikap malu
tidak berani untuk bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam
pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikiran di depan
rakan-rakannya. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, jelaslah bahawa belajar
secara berkumpulan banyak manfaatnya kerana lebih seronok dan tidak
membosankan.
Seterusnya, faedah belajar secara
berkumpulan ialah dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan menguntungkan. Hal
ini demikian kerana belajar secara berkumpulan mampu membuka langkah kepada
pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran. Sebagai tamsilnya, seorang
pelajar berasa tercabar dengan rakannya yang menguasai kemahiran menjawab
dengan lebih baik. Pelajar tersebut akan berusaha mengukuhkan kemahiran
menjawabnya dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata
pelajaran. Perkara ini merupakan satu persaingan yang sihat kerana setiap
pelajar berusaha untuk meningkatkan prestasi masing-masing dengan bersaing
antara satu sama lain dalam bidang akademik. Berdasarkan mauduk yang
dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh, belajar secara berkumpulan memang
banyak manfaatnya kerana mampu mewujudkan persaingan yang sihat dan
menguntungkan.
Secara deduktifnya, belajar secara
berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha
ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar. Belajar secara
berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi
pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Setiap pelajar hendaklah
memberikan komitmen yang sepenuhnya dan tidak melaksanakan aktiviti ini seperti
melepaskan batuk di tangga bagi memastikan aktiviti belajar secara berkumpulan
ini berkesan dan berjalan lancar. Oleh itu, sebagai bakal pemimpin negara, kita
seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah
belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya
memberi sumbangan kepada negara.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtiru karangan aku
BalasPadambangsat
BalasPadamhrmmm klau rasa camtu x yah la tngok karangan dia ....habis cita ...ni cukup bagus dia ada usaha untuk buat karngan mcm ni utk memudahkan org ramai untuk mencari maklumat di sosial media .....
Padambuuu
BalasPadambetul ke?
BalasPadamNi lah contoh kalau nak publicity guys
BalasPadambagusnya!!!!...banyak tips yang bagus ..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHmmm, nk amik isi je
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamBaik la baik la 🙄😪😒
BalasPadamizinkan saya copy dn hafal ya 😃
BalasPadamme too
PadamMay allah bless you
BalasPadamBrpa perkataann yer ni ??
BalasPadam600
PadamBrapa patah perkataan yerr ayat ni ??
BalasPadamGood
BalasPadamUlasan ini telah dialih keluar oleh pengarang.
BalasPadam