TENAGA HIDROELEKTRIK _ UNTUK APA??
Minggu
ni saya mengajar tajuk "Sumber tenaga di Malaysia"...Salah satu sumber
elektrik yang kita peroleh ialah daripada sumber hidroelektrik...sumber
tenaga yang berpunca daripada air ( sungai)...
Sebenarnya
dalam buku teks Geografi Tingkatan 3, sumber tenaga hidroelektrik
tidaklah diterangkan secara menyeluruh..cuma saya tekankan bahawa jika
ada tenaga hidroelektrik, mesti ada empangan...Empangan??? pelajar dah
mula bertanya....
Apa dia empangan??
selalunya,
saya akan melukis dua buah gunung dahulu, kemudian saya akan buat blok
di tengah-tengah menandakan ada empangan tersebut...bila saya lukis je
macam gini...beberapa orang pelajar dah mula tersenyum-senyum...situasi
ini memang saya dah jangka...berbelas2 tahun saya melukis gunung
nie...entah apalah yang ada difikirkan mereka kan????( faham-faham
ajelah pelajar sekarang...banyak otak kotor...)
Macam ginilah empangan....Contoh di bawah adalah EMPANGAN KENYIR, TERENGGANU...

Empangan
kenyir ini terletak di hulu Sungai Terengganu, lebih kurang 50 km ke
barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang
besar dikenali Tasik Kenyir. Iaitu sebuah tasik buatan manusia yang
terbesar di Malaysia. ( pelajar kena hafal sebab tasik ini selalu sangat
masuk dalam exam )
Pernah
dahulu, saya sekeluarga hendak balik ke Kelantan tetapi saya tersesat
hingga ke empangan kenyir...begitu besar konkritnya...terus kecut dan
cuak saya...
Bagaimana
stesen ini menghasilkan tenaga elektrik??? saya pun beritahulah kepada
pelajar bahawa untuk menjana kuasa elektrik , terdapat satu turbin
dibawahnya...( main agak-agak sahaja )...tapi agakkan saya memang
benar....betul tak??...
selepas
tu pelajar saya pun bertanya lagi, apa tu turbin???..emmm macammana yek
nak jawab....macam gambar kat bawah lah.... ( tolong fahami okey! )
Stesen
janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan
keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh
Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan
tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.
dengar cerita, di Tasik Kenyir ni ada naga??? betul ke??? masih belum boleh dipercayai lagi....
Nampak tak dahan-dahan pokok yang mati di permukaan tasik tu????
Sebenarnya
dahan-dahan kayu yang mati tu merupakan pokok-pokok hutan yang telah
ditengelami oleh air hasil daripada pembinaan empangan...Yang kita
nampak tu adalah dahan yang paling atas sekali ( pucuk )...Ini bermakna
bahawa tasik ini sangat dalam sebab kebanyakan pokok-pokok di hutan
hujan tropika adalah berketinggian 30 meter hingga 50 meter....
Dan
selalu juga saya beritahu pelajar, bahawa di tasik kenyir terdapat
kegiatan pembalakan dasar air...kerja yang sangat merbahaya.....tapi
kalau paelajar malas nak belajar, bolehlah apply kerja tu...sebab
gajinya sangatlah mahal...
Dahulu,
saya pernah menonton di Majalah 3 yang menyiarkan tentang kegiatan
pembalakan ini...namun begitu, kegiatan ini hanya dilakukan oleh
pembalak-pembalak profesional sahaja iaitu yang tahu menyelam...Mereka
menyelam menggunakan peralatan menyelam yang lengkap macam menyelam di
dasar laut..kebanyakan pembalak ini adalah warganegara Thailand...Orang
Malaysia memang tak berani....betul tak???
Saya
kalau mengajar santai sahaja...cukup untuk pemahaman pelajar-pelajar
saya sahaja...tidaklah saya mengajar secara teliti...Tetapi kalau nak
lebih mendalam , tajuk ni ada dalam mata pelajaran sains...Tanyalah
cikgu sains anda yea...
Ingat yea...selain Empangan Kenyir, anda juga perlu tahu tentang
Empangan Chenderoh, Empangan Temenggor, Empangan Batang Ai, Empangan
Padas dan lain-lain lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan